Saturday, February 6, 2010

KOMEN ANDA SAYA HARGAI...

ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam
Pembaharuan Pedagogi

http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2032%202007/JPendidikan32/Jpend32%5B09%5D.pdf


Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta
menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran disamping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat.
Bagi kaedah tradisional penerangan langkah demi langkah diberikan manakala bagi kaedah perantis, guru memberikan panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secara bekerja dalam kumpulan. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.

7 comments:

  1. Sepatutnya pada era globalisasi ini, pendekatan kontruktivisme sudah digunakan secara meluas bagi melahirkan pelajar yang berkualiti.Ini kerana ia mampu melahirkan pelajar yang bertanggung jawab terhadap pembelajaran mereka dan yang paling penting hasil pembelajaran itu akan lebih kekal dan berpanjangan. Melalui pendekatan ini, pelajar akan menerokai sendiri sesuatu mata pelajaran tanpa perlu menunggu penerangan daripada guru. Pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar mampu mengembangkan potensi diri seseorang pelajar, bukan hanya tunggu untuk "disuap" oleh guru-guru. Apabila pelajar sudah mampu menguasai ICT, proses pembelajaran akan menjadi sesuatu yang lebih menarik untuk diterokai. Untuk memastikan pendekatan ini memberi kesan yang memberansangkan,guru-guru perlu didedahkan dengan teori pembelajaran konstruktivisme semasa menjalani latihan perguruan.

    ReplyDelete
  2. Pendidikan yang bermakna ialah pendidikan yang membawa kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh yang boleh digunakan oleh individu menjalani kehidupan seharian.
    Pembelajaran secara konstruktivisme lahir daripada pandangan mengenai cara manusia belajar. Teori konstruktivisme mengatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa yang mereka telah fahami sebelumnya.
    Penggunaan ICT dalam P&P bermakna penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat melalui ruang maya atau apa-apa media penyebaran dan penyampaian maklumat sama ada dalam bentuk audio, video, dan data bertepatan sebagai aplikasi penggunaan peralatan teknologi pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.
    Saya bersetuju dengan penggunaan ICT dalam pemdidikan terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks P&P, penggunaan ICT dapat :
    i. Mempelbagaikan kaedah P&P guru.
    ii. Menarik minat pelajar jika direka bentuk dengan baik.
    iii. Membantu kefahaman pelajar terhadap konsep abstrak.
    iv. Bahan boleh disimpan dan digunakan semula.
    v. P&P lebih menyeronokkan.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Pada masa kini, pendidikan berkembang seiring dengan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT), sepatutunya pembelajaran secara kontruktif telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan masa kini, ini kerana pelajar kini adalah lebih moden, jadi tahap pengetahuan mereka dalam teknologi juga lebih tinggi, justeru pendekatan cara perantis lebih seuai berbanding pendekatan tradisional kerana pendekatan cara ini tidak membosankan pelajar malah mereka dapat menunjukkan minat dan kreativiti terhadap pembelajaran.Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud penggunaan alat teknologi yang diaplikasikan dalam dunia pendidikan contohnya teknologi maklumat iaitu melalui ruang maya atau sebarang media penyebaran dan penyampaian maklumat sama ada dalam bentuk audio, video, dan data bertepatan dan diaplikasikan penggunaan peralatan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.Justeru pendekatan seumpama ini wajarlah diadakan bagi meningkatkan lagi bidang pendidikan di negara kita, selain itu pembelajaran secara kontruktif juga dapat mengembangkan bakat dan kreativiti pelajar melalui kaedah penyelesaian masalah.

    ReplyDelete
  5. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. ICT sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. ICT juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika ICT dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu
    menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penggunaan ICT dalam pendidikan dapat memperbaharui pedagogi guru dalam memperkayakan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

    ReplyDelete
  6. Salah satu inovasi dalam pengajaran hari ini ialah pendekatan konstruktivisme yang berasaskan pengalaman sebenar dalam kehidupan seharian. Pengajaran ini mementingkan pemahaman, berpusatkan pelajar dan berpegang kepada fahaman yang menganggap pelajar sebagai pelajar yang aktif dan guru sebagai pemandu atau pemudah cara dalam proses pembelajaran yang berlaku. Pembaharuan dalam pedagogi perlu dibuat dalam era globalisasi ini. Banyak cabaran perlu dilaksanakan untuk menjayakan pembaharuan ini. Antaranya ialah guru perlu sentiasa berusaha untuk memajukan diri, sentiasa membuat refleksi dalam proses P&P, menggalakkan pelajar untuk lebih berdikari, dan menerapkan semangat kerjasama dan kolaboratif dalam kelas. Guru bersama-sama dengan pelajar mestilah memupuk pembelajaran sepanjang hayat untuk memastikan pembinaan pemikiran kritis dan kemahiran teknologi sentiasa disepadukan.

    ReplyDelete
  7. kaedah tradisional iaitu penerangan langkah demi langkah tidak lagi bersesuaian kepada pelajar kita msa kini.sebagai seorang guru, kita seharusnya menggunakan kaedah perantis, iaitu guru memberikan panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu contohnya membina laman web secara bekerja dalam kumpulan.

    ReplyDelete